Sabtu, 29 Oktober 2011

Cara Belajar Sains Yang Betul

Ramai murid merasakan subjek Sains adalah susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Buat ulangkaji selalu.
  • jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.

    b) Belajar Sains setiap minggu.
    • Tdk kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

      c) Cuba buat semua bentuk soalan.
      • Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.
      • Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.

        d) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.
        • Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
        • Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
        • Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.
        e) Belajar secara teratur.
        • Fungsi (bg setiap struktur spt sel, organ, bahan, anda mesti tahu apa fungsinya).
        • Ciri2 (apa ciri2 proses tertentu dlm sel spt mitosis, meiosis...)
        • Di mana (fikirkan ttg di mana sesuatu proses itu berlaku, sbg contoh fotosintesis)
        • Contoh (mesti boleh memberikan contoh2 spesifik spt contoh2 asid)
        • Kesan (banyak soalan yg akan bertanya ttg kesan yg mungkin berlaku bg sesuatu proses atau kejadian. Sbg contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dlm makanan atau penggunaan teknologi dlm kehidupan)
        • Faktor (ketahui apa faktor2 yg boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian spt kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
        • Graf (kaji dan pelajari graf)
        • Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sbg contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan2 begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)
        • Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dgn teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)
        • Definisi (bila mempelajari sesuatu yg baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sbg contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)
        Bila anda belajar Sains dgn cara yg betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dgn lebih baik. Persiapan yg rapi akanmenambah lagi tahap penguasaan anda dlm Sains. Jd, berusahalah dan teruslah mempelajari Sains.

        Rabu, 26 Oktober 2011

        Pengenalan



        Mata Pelajaran " Dunia Sains Dan Teknologi
        Untuk Tahun 1 Mulai 2011
        Sumber : Berita Harian
        Tarikh : 12 November 2010

        Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun depan untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mata pelajaran baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain. Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

        Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata guru yang terbabit dalam subjek baru itu sudah mula menjalani kursus peringkat daerah. Mengikut sukatan pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, murid Tahun Satu akan didedahkan kepada penguasaan ICT bagi enam minggu pertama yang memfokus kepada kemahiran menggunakan aplikasi dan program komputer. “Pada dua minggu pertama, murid akan mempelajari Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point pada minggu ketiga dan keempat, manakala minggu kelima dan keenam pula didedahkan kepada Painting. “Bagaimanapun, penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu sebagai menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi.

        “Selepas pendedahan enam minggu, murid akan mengasah dan memantapkan kemahiran dikuasai itu secara berterusan dan menggunakannya merentasi kurikulum untuk membantu keberkesanan pembelajaran mata pelajaran lain,” katanya kepada Berita Harian, semalam. Dari segi pengisian kurikulum Sains pula, Mohamed Sabri berkata, sains hayat akan mendedahkan murid Tahun Satu kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, manakala sains fizikal berkaitan semua jenis deria, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk. “Pengajaran subjek Dunia Sains dan Teknologi untuk murid Tahun Satu ini membabitkan dua waktu seminggu di mana mereka akan banyak terdedah kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik,” katanya.

        Bagaimanapun bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar, Mohamed Sabri berkata, Kementerian Pelajaran perlu bertindak proaktif melengkapi semua sekolah rendah dengan kemudahan makmal komputer atau sekurang-kurang peralatan komputer di setiap kelas Tahun Satu menjelang sesi persekolahan tahun depan. “Masih ada sekolah rendah yang tidak memiliki kemudahan makmal komputer atau peralatan itu di bilik darjah. Sekiranya tidak ditangani segera, dikhuatiri akan menjejaskan matlamat pelaksanaan KSSR,” katanya.

        Isnin, 17 Oktober 2011

        Selamat Datang ke Dunia Sains Bersama Cikgu CT...:)


        SELAMAT DATANG KE BLOG DUNIA SAINS SAYA..
        BLOG INI AKAN MENUMPUKAN KEPADA MATAPELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH TERUTAMA SAINS DARJAH 1. 

        SEMOGA IANYA BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.






        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...