NOTA SAINS HAYAT

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

  Di sekeliling kita terdapat benda hidup dan benda bukan hidup.

(1)  KENALI BENDA HIDUP
1. MANUSIA
2. HAIWAN

3. TUMBUHAN

2. KENALI BENDA BUKAN HIDUP

Adakah anda telah mengenal benda hidup dengan benda bukan hidup ?

Untuk mengenali benda hidup dan bukan benda hidup 
berikut adalah perkara-perkara yang diperlukan oleh
benda hidup :





CIRI-CIRI AM BENDA HIDUP 
 

a) Makan &Minum
  • Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis.
  • Manusia dan haiwan mendapat makanan daripada tumbuhan dan haiwan lain.
b) Bernafas
  • Semua benda hidup memerlukan udara untuk bernafas.
  • Benda hidup bernafas untuk mendapatkan oksigen.
c) Membiak

Semua benda hidup membiak untuk menghasilkan generasi baru supaya bilangan spesisnya bertambah dan tidak pupus.
d) Bergerak

  • Haiwan bergerak untuk mencari makanan, mendapatkan pasangan dan melindungi diri daripada musuh.
  • pergerakan pertumbuhan adalah perlahan dan terhad kepada bahagian tertentu sahaja
       
  
e) Berkumuh

Perkumuhan ialah proses penyingkiran bahan buangan dari badan.
f) Mengalami Pertumbuhan
Pertumbuhan ialah proses pertambahan bilangan sel-sel badan yang menyebabkan saiz dan berat bertambah secara tidak terbalik.


g) Bergerak balas terhadap rangsangan
Gerak balas ialah reaksi benda hidup terhadap rangsangan atau perubahan dalam alam sekitarnya.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...